SUKMA XX JOHOR 2020

Majlis Pelancaran Logo dan Maskot Sukan Malaysia (SUKMA) XX JOHOR 2020 telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Dr. Sahruddin Jamal, Menteri Besar Johor di Impiana Hotel, Senai pada 7 Ogos 2019.

Misi

Untuk menjadikan SUKMA XX JOHOR 2020 sebagai penganjur terbaik dalam sejarah penganjuran SUKMA.

Visi

1

Menjadikan platform sukan sebagai salah satu kaedah bagi menyatupadukan masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum.

2

Sebagai platform untuk mengenalpasti atlet-atlet berpotensi yang akan dapat mewakili negara di masa hadapan.

3

Mermartabatkan sukan sebagai salah satu gaya hidup di Malaysia.

4

Menjadikan sukan sebagai salah satu kerjaya kepada atlet-atlet yang berpotensi dan sekaligus membawa nama Negara di masa hadapan.

Logo Rasmi

Logo SUKMA XX Johor 2020 memfokuskan elemen huruf ‘JIM’ yang mewakili Negeri Johor selaku tuan rumah SUKMA 2020 dan identiti kebanggaan Bangsa Johor yang masih memertabatkan penguasaan Bahasa penulisan ini. Paparan angka Roman ‘XX’ menandakan kecemerlangan 20 tahun penganjuran SUKMA serta simbolik wawasan kecemerlangan dalam bidang sukan yang dicapai pada tahun 2020.

Reka Bentuk

Penulisan jawi yang digabungkan rupabentuknya bersama ikon kesukanan antarabangsa iaitu ‘obor’. Semarak api obor bersama pemegangnya yang direka padan dari huruf ‘JIM’ ini menggambarkan semangat juang dan berkeyakinan Kerajaan Negeri Johor sepertimana jua rakyatnya yang terserlah menerusi semangat juang Bangsa Johor.

Rupataip

Titik dan daun melambangkan bunga gambir dan lada hitam yang merupakan khazanah alam semulajadi Negeri Johor zaman berzaman. Ianya merupakan antara komoditi daganga penting Johor suatu ketika dahulu. Butiran lada hitam pula melambangkan kehangatan, semangat membara dan daya saing yang perlu ada dalam diri setiap ahli sukan.

Warna

Motif reflektif ‘XX’ yang dipaparkan serba moden dengan warna kontras merah biru menggambarkandaya saing dalam persaudaraan serta simbolik kegemilangan Tanah Selatan ini. Ia kombinasi dinamik Kerajaan Negeri Johor yang diwakili oleh warna biru, serta rakyatnya yang bersemangat waja diwakili oleh warna merah. Kombinasi ini menzahirkan kesempurnaan wawasan yang berpandangan jauh (2020) dan fokus demi masa hadapan.

Maskot Rasmi - Jimi

JIMI adalah Maskot SUKMA XX Johor 2020, yang aktif, comel, gebu dan ceria. Namun garang di gelanggang. Maskot temasya ini akan diwakili oleh seekor harimau yang sekian lama telah menjadi ikon kepada Negeri Johor yang membawa perwatakan yang garang dan berani.

Di kedua belah tapak tangan JIMI. Terukir simbol gambir dan lada hitam iaitu identiti kesultanan Negeri Johor dan Negeri Johor amnya. Warna corak harimau yang dimodenkan menjadikan JIMI kelihatan lebih hipster dan trendy, kerana maskot SUKMA XX Johor 2020 ini nampak lebih mesra untuk dihampiri. Pakaian yang dicipta berpandukan potongan fesyen track suit terkini. Warna gabungan Bendera Johor dan monogram XX dimasukkan di dalam kemasan pakaian JIMI. Logo rasmi SUKMA XX Johor 2020 dan nama JIMI juga akan kelihatan di dada baju.

Slogan Rasmi

“SEMARAK JUARA” dipilih kerana mesej yang dibawa adalah untuk menyemarak semangat sukan dan berdaya saing di dalam apa jua acara sukan yang disertai.

“SEMARAK JUARA” adalah seruan buat setiap atlet, para penyokong dan mereka yang terlibat di dalam penganjuran SUKMA XX JOHOR 2020 yang memiliki impian dan objektif bagi mencapai detik-detik yang tertinggi dalam penglibatan mereka. Ia mencerminkan semangat waja dan kecekalan untuk merempuhi rintangan dalam memastikan setiap wawasan dan sasaran kecemerlangan dalam sukan di temasya ini mampu direalisasikan.

SUKMA adalah penganjuran sukan yang tertinggi di Malaysia, oleh yang demikian setiap atlet akan berusaha untuk beraksi dengan cemerlang untuk kelebihan mereka beraksi di peringkat antarabangsa. Menjadi Juara dalam temasya sukan ini adalah objektif utama buat atlet dalam mencapai cita-cita atau kerjaya sukan mereka.

error: Content is protected !!