Sejarah Sukan Malaysia
(SUKMA)

Sejarah SUKMA

Sukan Malaysia (SUKMA) yang dipertandingkan secara dwi-tahunan merupakan kejohanan temasya yang terbesar dan berprestij di Malaysia. Dikonsepkan oleh Yang Berhormat Dato Seri Anwar Ibrahim, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1983, kejohanan ini diadakan berselang-seli dengan Sukan SEA bagi tujuan mencungkil bakat-bakat baru atlet yang berpotensi tinggi untuk mewakili negara.

Rasional yang dicadangkan pada ketika itu adalah sebuah temasya sukan peringkat kebangsaan yang akan dapat membantu mempertingkatkan mutu sukan, melahirkan dan menggalakkan penyertaan atlet di peringkat negeri dalam sukan, mempertingkatkan prestasi pegawai, menggalakkan pembinaan kemudahan-kemudahan sukan yang baru serta menaikkan taraf kemudahan-kemudahan yang sedia ada di peringkat negeri dan memupuk semangat integrasi nasional dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Sejarah SUKMA Negeri Johor

Sejarah SUKMA di Negeri Johor bermula dari tahun 1992 apabila Negeri Johor menjadi penganjur SUKMA yang ke-empat, dengan sasaran 30 pingat emas pada ketika itu.

error: Content is protected !!